Carian Asma'i

Khamis, 17 Mei 2018

KELUARGA BUNGA MATAHARI / DAISIA [Asteraceae family] Ch - Cn

Family : ASTERACEAE
[Daisia]
Ch - Cn




Genus : CHAMAEMELUM / CAMAMELA
spesis 
CAMAMELA TANAH
Chamaemelum fuscatum


Genus : CHONDRILLA / CENDERIANG
spesis 
CENDERIANG PADANG
Chondrilla chondrilloides




Genus : CHROMOLAENA / MELIAR
spesis
MELIAR ALAM
Chromolaena odorata

Pokok Meliar alam merupakan satu jenis tumbuhan liar yang tidak dipedulikan orang dan apabila terjumpa tumbuh di mana-mana halaman sudah pasti akan dicabut atau ditebas. Orang tidak menyukainya kerana tidak cantik dan memberi pemandangan yang kurang menarik. Namun begitu, apabila malialam mula berbunga terutamanya ketika buahnya telah matang, maka pemandangan seperti cerita 'avatar' terlihat. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan tumbuh dikawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.
Meliar alam atau dipanggil juga pokok kapal terbang, pokok jepun, pokok jerman, pokok busuk-busuk, seketam bukit, osmia odorata, siam weed, christmas bush, bitter bush , aeroplane plant dan baby tea. Bunganya kecil dan berwarna putih. Biji benih terhasil dari bunga ini dan dilepaskan kepersekitaran dengan bantuan angin selepas matang. Ia membiak melalui biji benih. Daunnya mempunyai tepi yang bergerigis. Daunnnya mudah hancur bila dilumatkan dan mempunyai aroma yang sangat kuat (busuk). Walaupun busuk, ia memberi manfaat yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia. Ia boleh dikategorikan sebagai salah satu ubatan tradisi terutama daunya selain dari akar yang baik untuk merawat luka. Beberapa kegunaan luaran yang lain didapati berkesan seperti kembung dan cirit birit.

Air perahan dan gumpalan daun yang sudah dilenyek boleh digunakan untuk menahan aliran darah di tempat anggota badan yang luka. Darah yang mengalir keluar dapat dihentikan dengan daun kapal terbang ini. Selain dari itu, akarnya yang ditumbuk hancur boleh disapu kepada tempat luka untuk proses penyembuhan. Namun begitu, pokok kapal terbang ini mempunyai beberapa keburukan kepada manusia. Selain dari baunya yang sedikit busuk, ia mempunyai bahan racun yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutama kanak-kanak.

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun. Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok malialam hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun malialam dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun malialam merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun malialam dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun malialam juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.


Genus : CHRYSANTHEMUM / KERAISAN
Spesis
KERAISAN EMAS
Chrysanthemum morifolium


KERAISAN TAMAN
Chrysanthemum grandiflorum


Genus : CIRSIUM / KIRSA
spesis 
KIRSA PADANG
Cirsium arvense


Genua : CNICOTHAMNUS / SENIKOTA
spesis 
SENIKOTA GUNUNG
Cnicothamnus lorentzii








Genus Daisia yang lain: 
Aa - Al , Am - Ap , Ar - Az , B , Ca - Cg , Ch - Cn , Co - Cy
D  , E , F , G , Ha - He , Hi - Hy , I - K , La - Le , Li - Ly
M , N , O , Pa - Pe , Ph - Pl , Po - Py , Q - R
Sa - So , Sp - Sy , T , U - Z




Tiada ulasan:

Catat Ulasan